Isnin, 19 Oktober 2009

Latar Belakang Sekolah

LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJAI KAPIT

Sekolah Kebangsaan Rantau Panjai adalah sebuah sekolah di kawasan Pendalam Tiga. Ianya terletak di Sungai Bena . Sekolah ini amat terpencil dan jauh dari rumah-rumah panjang. Untuk sampai ke sekolah ini memerlukan masa perjalanan yang lama tertakluk kepada keadaan paras air sungai. Perjalanan dari Pekan Kapit dengan menaiki boat panjang memakan masa tidak kurang dari lapan jam jika keadaan paras air sungai tinggi dan boleh mencapai sepuluh ke sebelas jam jika paras air sungai cetik kerana terpaksa menarik perahu. Perjalanan dari Pekan Kapit perlu mudik sungai Rejang kemudian mudik ke Sungai Balleh seterusnya mudik Sungai Sut dan mudik Sungai Bena.
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjai adalah sebuah sekolah Gred A SKM. Sekolah ini ada enam buah kelas mulai dari KBSR Tahun 1 hingga KBSR Tahun 6. Sekolah ini didirikan secara gotong royong. Semua bangunan di sekolah adalah dibuat daripada kayu.
Sekolah ini ada dua blok bilik darjah, dua blok asrama, dua blok rumah guru kelas F, satu blok rumah guru gotong royong, dua blok rumah guru duplicate, satu blok Pentadbiran, sebuah Dewan Makan, sebuah blok ubahsuai untuk Pusat Sumber, sebuah Setor Buku Teks dan sebuah Setor Makanan. Kesemua bangunan didirikan secara bergotong royong kecuali dua buah rumah guru Kelas F.
Pelajar di sekolah ini terdiri daripada pelajar-pelajar Iban dari tujuh buah rumah panjang di Sungai Bena dan Sungai Entawau . Ibu bapa pelajar-pelajar di sekolah ini tidak mempunyai pendidikan tinggi dan ada yang tidak pernah sekolah kerana tempat mereka terlalu jauh dari sekolah sebelum sekolah ini didirikan. Ibu bapa dan penjaga murid adalah terdiri dari golongan pertani pindah. Sumber pendapatan keluarga adalah tidak menentu dan di bawah paras kemiskinan.
Pengaruh budaya dan amalan kepercayaan tradisi masih tebal di kalangan ibu bapa dan banyak pantang larang masih diamalkan yang serba sedikit memberikan kesan kepada pengurusan sekolah terganggu bila anak-anak mereka perlu dibawa balik semasa hari persekolahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan