Isnin, 19 April 2010

Kem Motivasi Zon Zakos 2010

Kem Motivasi Zon Zakos 2o10 telah diadakan di SK Nanga Antaroh pada 15 - 17 April 2010. Semua sekolah di Zon Zakos terlibat menjayakan Kem Motivasi ini kecuali SK Nanga Kebiaw yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab tertentu. Kem ini begitu meriah dan dirasmikan oleh Penolong Pegawai PPD Daerah Kapit, En Supian Bin Ekeram pada 16 April 2010. Kem ini melibatkan semua murid Tahun 6 Zon Zakos. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam ini ialah Kuiz 4 Matapelajaran Teras, Bengkel Soalan UPSR,Pertandingan Nyanyian Dan Tarian Kebudayaan, Pertandingan Bercerita dan Ceramah Keibubapaan. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan..banyak faedah dan manfaat yang dapat diperolehi daripada program ini..semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang..

En Supian Ekeram merasmikan Kem Motivasi Zon Zakos 2010

Peserta Kem Motivasi melafakan ikrar untuk berjaya dengan cemerlang pada UPSR 2010 nanti

En Supian Ekeram disambut oleh Guru Besar Ng Antaroh dan wakil2 setiap Guru Besar Zon Zakos

Peserta Tarian SK Rantau Panjai

Guru Besar SK Rantau Panjai, En Mohd Ismail bersama GB SK Ng Bawai Mr Hii, GB SK Ng Bena En Christopher Kanyan, GB SK Ng Antaroh En Malang dan PK 1 SK Rantau Panjai En Ngelambong Anggik melihat Kuiz 4 Matapelajaran teras

Pertandingan Kuiz 4 Mata pelajaran teras

Barisan Pegawai Pengiring dari SK Rantau Panjai diketuai oleh Guru Besar En Mohd Ismail Bin Abdullah

Para Pegawai dan murid-murid SK Rantau Panjai selamat tiba di SK Ng Antaroh

Murid menaiki hilux ke SK Ng Antaroh

Guru-guru dan murid-murid menaiki perahu dari sekolah ke Ng Merating

Guru-guru dan murid-murid berganbar sebelum berlepas ke SK Ng Antaroh













Aktiviti Ko-Kurikulum 2010

Aktiviti Ko-Kurikulum diadakan setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu. Aktiviti ini adalah untuk melatih murid-murid supaya
1. murid-murid dapat meningkatkan daya kepemimpinan
2. kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan dapat diperoleh
3. dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid
4. dapat mengembangkan potensi seseorang murid-murid

Murid-murid perempuan bermain bola jaring di padang sekolah

Pasukan Sepak Takraw Sekolah 2010

Permainan Bola Sepak juga dijalankan pada waktu petang

Murid perempuan memanaskan badan sebelum aktiviti dijalankan

Murid-murid lelaki melakukan aktitivi 'panas badan' sebelum bermain bola sepak