Khamis, 16 September 2010

Penyampaian Duit KWAPM 2010

Majlis Penyampaian Duit KWAPM telah diadakan di sekolah ini pada awal bulan Ogos 2010 yang lalu



Guru Besar memberi ucapan dan mengingatkan ibubapa supaya menggunakan dengan bijak duit KWAPM yang diberikan







PK 1, Cikgu Ngelambong Anggik menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Penyampaian Duit KWAPM









Dari kiri : Cikgu Duney, Pn Angela, Cikgu Ngelambong (PK 1) dan Cikgu Mohd Ismail (Guru Besar)







Para ibubapa mendengar ucapan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Mohd Ismail Bin Abdullah







Guru Besar menyampaikan Duit KWAPM kepada salah seorang ibu murid Tahun 6

Lawatan Pergigian 2010

Pada 12 hingg 17 Julai 2010 yang lalu, Pasukan Pergigikan Daerah Kapit telah datang ke sekolah untuk menjalankan pemeriksaan gigi terhadap murid-murid sekolah ini. Berikut adalah antara aktiviti yang telah diadakan.

Salah seorang Jururawat menjalankan pemeriksaan gigi ke atas seorang murid

Jururawat Pergigian menunjukkan contoh cara memberus gigi dengan betul

Jururawat menunjukkan cara memberus gigi kepada Murid Pra Sekolah

Jururawat memberi ceramah tentang kepentingan menjaga gigi kepada semua murid

Rabu, 15 September 2010

Lawatan Skuad Malaria ke Sekolah

Skuad banteras Malaria dari Pejabat Kesihatan Daerah Kapit telah datang ke sekolah kami bagi membanteras nyamuk yang menyebabkan demam Malaria.



Kakitangan Pejabat Kesihatan merendam kelambu ke dalam larutan ubat sebelum diberikan kepada semua murid dan staff sekolah







Kakitangan Pejabat Kesihatan memberi suntikan kepada salah seorang Tukang Masak (Ibuk Parida)








Murid juga tidak terkecuali daripada menerima suntikan