Selasa, 20 Oktober 2009

Lagu Sekolah

USAHA CEMERLANG

Budaya cemerlang
Jadi amalan kita
Terus usaha pasti berjaya
Kami pelajar harapan bangsa

Ilmu itu kuasa
Nekad dan usaha
Capai cita-cita
Gemilang di persada dunia

Chrs:
SK. Rantau Panjai akan kami bela
Kami bangga menjadi warganya
Kami janji menjulang tinggi Ibu pertiwi
Cemerlang prestasi, mulia peribadi

Guru kami hormati
Rakan kami sayangi
Ilmu kami kuasai
Kepada ibu bapa kami akan buktikan.

Usaha, usaha, usaha
Kami pasti capai segala-galanya.
Usaha, usaha,
Pasti manis hasil akhirnya.


Lyric: Mohd. Ismail Bin Abdullah
Lagu : Nai Dynamik

Logo Sekolah

LOGO SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJAI, KAPIT.

Warna:
Merah : Berani dan nekad
Kuning: Keagungan
Hijau : Keutuhan Kemajuan
Biru : Ilmu tanpa sempadan
Putih : Kesucian rohani,jasmani dan emosi.

Bentuk:
Segi tiga : Hiraki keperluan manusia seutuh gunung .
Bintang : Tahap kejayaan tinggi yang gemilang dan terbilang harus dicapai.
Bulatan : Melambangkan cita-cita suci.
Hati : Nadi pengerak motivasi dalaman diri yang kuat.
Riben : Pengiktirafan sekolah ke atas pelajar, guru dan masyarakat.
Anak panah: Perkembangan pembangunan manusia dalam pembentukan sahsiah .
Segi empat : Globalisasi ilmu sebagai panduan belajar sepanjang hayat.

Perkataan
Head : Pemikiran yang suci, kreatif, kritis, pro-aktif, positif dan sentiasa
berpandangan jauh dan keluar dari sempadan pemikiran biasa.
Hands : Belajar ilmu melalui pengelibatan ”hand’s on ” untuk menguasainya.
Heart : Minda digerakkan oleh hati dan hatilah nadi pengerak ke arah
meguasai ilmu dan mencapai matalamat yang unggul melalui
pembelajaran sepanjang hayat.
Gemilang: Slogan kata sebagai santapan minda untuk mencapai kegemilangan.

Biodata PK KK


BIODATA GURU PK KK

Nama : SELI AK JETE
No. Kad Pengenalan : 680403-13-5543
No. Fail Peribadi : S. 34108
Tarikh Mula Bertugas : 22.01.2000
Perlantikan Pertama : 22.01.2000
Perlantikan ke DGA 29 :22.01.2000
Perlantikan ke DG41 :

Kelulusan Ikhtisas : Sijil Perguruan,
MP SAINS. BINTULU (1999)
Ijazah Sarjana Muda

Sekolah pernah bertugas :
1. SK. LOK BUANI SABAH. (2000-2003)
2. SK. Rantau Panjai, Kapit. (2004- kini )

Isnin, 19 Oktober 2009

Biodata Penolong Kanan HEM


BIODATA GURU PK HEM

Nama : NGELAMBONG AK ANGGIK
No. Kad Pengenalan : 660622-13-5385
No. Fail Peribadi : S.26402
Tarikh Mula Bertugas : 01.01.94
Perlantikan Pertama : 01.01.94
Perlantikan ke DGA 32 :16.11.2006
Perlantikan ke DG41 :

Kelulusan Ikhtisas :

Sijil Perguruan, MPS. Miri
Ijazah Sarjana Muda

Sekolah pernah bertugas :
1. SK. Nanga Bangkit,Song. (1986-1988)
2. SK. Nanga Bawai, Kapit. (1989-)
3. SK. Nanga Yong,Kapit. (1990-1992)
4. SK. Nanga Pelagus, Kapit. (1993)
5. SK. Nanga Bawai, Kapit. (1994-1998)
6. PPG Kapit. (1998-2006)
7. SK. Rantau Panjai, Kapit. (2006- kini )

Biodata Penolong Kanan 1


BIODATA PEN. KANAN 1


Nama : Jeffry Bin Brahim
No. Kad Pengenalan : 691224-13-5883
No. Fail Peribadi : S. 23920
Tarikh Mula Bertugas : 01.12.1991

Perlantikan Pertama : 01.01.1992
Perlantikan ke DGA 32 : 31.12.2003
Kelulusan Ikhtisas : MCE/Sijil Perguruan
Sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda
Di OUM.
Sekolah pernah bertugas :

1. SK. Pengkalan Lobang, Mukah. (1992-1994)
2. SK. Nanga Atoi,Saratok. (1995-2003)
3. SK. Rantau Panjai, Kapit. ( 2003-kini)

Biodata Guru Besar (2004 sehingga sekarang)


BIODATA GURU BESAR

Nama : Mohd. Ismail Bin Abdullah
No. Kad Pengenalan : 580325-13-5151
No. Fail Peribadi : S. 14318
Tarikh Mula Bertugas : 07.01.1980.
Perlantikan Pertama : 07.01.1980
Perlantikan ke DGA 32 : 02.07.1993
Perlantikan ke DGA 34 : 31.12.2003
Kelulusan Ikhtisas :
Sijil Perguruan
Dan telah mendapat Ijazah Sarjana Muda
Bachelor of Education (Honours)
Education Management (First Class)

Sekolah pernah bertugas :

1. SK. Ng. Nansang, Song. ( 1980-1985)
2. SK. Jemukan, Simunjan. ( 1986-1988)
3. SK.Pasir Pandak, Kuching. ( 1988-2000)
4. SK. Semban, Kuching. ( 2000-2003)
5. SK. Semenggok, Kuching. ( 2003-2004)
6. SK. Rantau Panjai, Kapit. ( 2004- kini )

AJK Induk Sekolah

AJK INDUK

Penasihat : Mohd. Ismail Bin Abdullah
Guru Besar

Pengerusi 1 : Jeffery Bin Bin Brahim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pengerusi 2 : Ngelambong Ak Anggik
Guru Penolong Kanan HEM

Pengerusi 3 : Seli Ak Jete
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Guru-Guru panitia
Mohd. Nasran Bin Ni-Amat (Sains)
Hardy Ak Dungau (English)
Duney Ak Rayong (Matematik)
Mohd. Shukri Bin Ismail ( B. Malaysia)

AJK : Chanda Ak Bala (Guru Penyelaras Pusat Sumber)
Chanda Ak Bala (Guru Permulihan)
Semua Guru Kelas
Dogue Ak Dui ( Staf Sokongan)
Lai Ak. Engkang (Staf Sokongan)
Parida Ak Tedong (Staf Sokongan)

Latar Belakang Sekolah

LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJAI KAPIT

Sekolah Kebangsaan Rantau Panjai adalah sebuah sekolah di kawasan Pendalam Tiga. Ianya terletak di Sungai Bena . Sekolah ini amat terpencil dan jauh dari rumah-rumah panjang. Untuk sampai ke sekolah ini memerlukan masa perjalanan yang lama tertakluk kepada keadaan paras air sungai. Perjalanan dari Pekan Kapit dengan menaiki boat panjang memakan masa tidak kurang dari lapan jam jika keadaan paras air sungai tinggi dan boleh mencapai sepuluh ke sebelas jam jika paras air sungai cetik kerana terpaksa menarik perahu. Perjalanan dari Pekan Kapit perlu mudik sungai Rejang kemudian mudik ke Sungai Balleh seterusnya mudik Sungai Sut dan mudik Sungai Bena.
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjai adalah sebuah sekolah Gred A SKM. Sekolah ini ada enam buah kelas mulai dari KBSR Tahun 1 hingga KBSR Tahun 6. Sekolah ini didirikan secara gotong royong. Semua bangunan di sekolah adalah dibuat daripada kayu.
Sekolah ini ada dua blok bilik darjah, dua blok asrama, dua blok rumah guru kelas F, satu blok rumah guru gotong royong, dua blok rumah guru duplicate, satu blok Pentadbiran, sebuah Dewan Makan, sebuah blok ubahsuai untuk Pusat Sumber, sebuah Setor Buku Teks dan sebuah Setor Makanan. Kesemua bangunan didirikan secara bergotong royong kecuali dua buah rumah guru Kelas F.
Pelajar di sekolah ini terdiri daripada pelajar-pelajar Iban dari tujuh buah rumah panjang di Sungai Bena dan Sungai Entawau . Ibu bapa pelajar-pelajar di sekolah ini tidak mempunyai pendidikan tinggi dan ada yang tidak pernah sekolah kerana tempat mereka terlalu jauh dari sekolah sebelum sekolah ini didirikan. Ibu bapa dan penjaga murid adalah terdiri dari golongan pertani pindah. Sumber pendapatan keluarga adalah tidak menentu dan di bawah paras kemiskinan.
Pengaruh budaya dan amalan kepercayaan tradisi masih tebal di kalangan ibu bapa dan banyak pantang larang masih diamalkan yang serba sedikit memberikan kesan kepada pengurusan sekolah terganggu bila anak-anak mereka perlu dibawa balik semasa hari persekolahan.

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJAI KAPIT

Sekolah ini didirikan pada tahun 1980 oleh ahli Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh penduduk tujuh buah rumah panjang di sepanjang Sungai Bena dan sebuah rumah panjang di Hulu Sungai Entawau dibawah nasihat Pegawai Pendidikan Bahagian Kapit ketika itu, iaitu Encik Jete Ambin. Pengerusi Jawatankuasa pada masa itu ialah Encik Sipang Ak Langgong.
Pembinaan sekolah ini adalah dilakukan secara bergotong royong oleh penduduk-penduduk di ketujuh buah rumah panjang terdiri daripada Rumah Irang, Rumah Sipang, Rumah Achan A, Rumah Achan B, Rumah Pengabang, Rumah Mamut dan Rumah Tedong. Bangunan sekolah dibuat daripada kayu bulat dan tidak bergergaji, dinding daripada buluh dan berlantaikan tanah.Semua bahan binaan disediakan oleh penduduk-penduduk rumah panjang yang menjadi pengisi kepada enrolmen sekolah. Pihak Jabatan Pendidikan Bahagian Kapit hanya membantu dengan atap zink dan paku. Sekolah ini dibina di sebuah tapak yang berlokasi di Rantau Panjai yang mana sungai di tempat itu amat cetik , deras dan panjang dan memerlukan pengguna sungai menarik perahu untuk meneruskan perjalanan melepasi kawasan ini yang amat meletihkan. Tempat ini dipilih memandangkan ianya adalah satu lokasi yang terletak di pertengahan jarak penghuni rumah panjang dari hulu Sungai Bena dan yang dari hilir Sungai Bena dan dilihat sebagai adil bagi semua pihak untuk menghantar anak mereka ke sekolah nanti. Jestru itu sekolah didirikan di tapak ini dan sempena nama tempat ini sekolah diberi nama Sekolah Kebangsaan Rantau Panjai. Kawasan sekolah ini amat terpencil dan jauh dari rumah-rumah panjang.
Sekolah ini mula beroperasi pada 5 Januari 1981. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Tujang Ak. Balang. Sekolah bermula dengan hanya dua buah kelas dan 48 orang murid. Guru pada masa itu hanya dua orang, ia itu Cikgu Ali Ak.Ungkong dan Guru Besar. Tukang Masak pada masa itu ialah Cik Basi Ak. Langgong . Sekolah ini beroperasi dengan hanya tiga orang kakitangan , seorang Guru Besar, seorang guru biasa dan seorang tukang masak.