Jumaat, 9 Julai 2010

Majlis Perpisahan Cikgu Seli Ak Jete

Cikgu Seli Ak Jete telah berkhidmat di SK Rantau Panjai lebih kurang 7 tahun. Bermula 3 Julai 2010, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di SK Long Busang, Belaga Sarawak. Kami warga sekolah mengucapkan selamat berpindah ke sekolah baru dan selamat maju jaya beliau.
Cikgu Seli Ak Jete selepas Sambutan Hari Guru 2010

Lambaian terakhir di SK Rantau Panjai : Murid-murid melambai Cikgu Seli (dalam perahu) sambil mengucapkan selamat jalan

Seorang murid memeluk Cikgu Seli

Murid-murid bersalaman dengan Cikgu Seli sebelum beliau meninggalkan sekolah ini

Cikgu Seli memberi ucapan sempena Majlis Perpisahan beliau


PK 1, Cikgu Ngelambong Ak Anggik berucap sempena Majlis Perpisahan Cikgu Seli.

Guru Besar, En Mohd Ismail Bin Abdullah memberi sepatah dua kata sempena Majlis Perpisahan Cikgu Seli.

Jamuan ringan untuk staff diadakan bagi meraikan Cikgu Seli


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabag tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga,