Khamis, 13 Januari 2011

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...


CIKGU CHANDA, CIKGU NASRAN, CIKGU PERMAI, CIKGU TOH SIEW HUNG

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...SAYA MEWAKILI WARGA SK RANTAU PANJAI INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA 4 ORANG GURU KAMI YANG TELAH BERPINDAH BARU-BARU INI..BUDI KALIAN AKAN TETAP KAMI KENANG..

PUCUK PAUH DELIMA BATU,
ANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGAN,
WALAUPUN JAUH NUN BERIBU BATU,
BERPISAH DI MATA DI HATI JANGAN...
















SEKALUNG PENGHARGAAN..


Sekalung penghargaan buat Cikgu Nasran yang sebelum ini telah mengendalikan blog sekolah ini dengan jayanya..kini tugas beliau akan diggantikan oleh saya sendiri, Cikgu Fred..saya akan cuba mengendalikan blog ini dengan sebaik mungkin..



Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan..




Terima kasih..

Khamis, 16 September 2010

Penyampaian Duit KWAPM 2010

Majlis Penyampaian Duit KWAPM telah diadakan di sekolah ini pada awal bulan Ogos 2010 yang lalu



Guru Besar memberi ucapan dan mengingatkan ibubapa supaya menggunakan dengan bijak duit KWAPM yang diberikan







PK 1, Cikgu Ngelambong Anggik menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Penyampaian Duit KWAPM









Dari kiri : Cikgu Duney, Pn Angela, Cikgu Ngelambong (PK 1) dan Cikgu Mohd Ismail (Guru Besar)







Para ibubapa mendengar ucapan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Mohd Ismail Bin Abdullah







Guru Besar menyampaikan Duit KWAPM kepada salah seorang ibu murid Tahun 6

Lawatan Pergigian 2010

Pada 12 hingg 17 Julai 2010 yang lalu, Pasukan Pergigikan Daerah Kapit telah datang ke sekolah untuk menjalankan pemeriksaan gigi terhadap murid-murid sekolah ini. Berikut adalah antara aktiviti yang telah diadakan.

Salah seorang Jururawat menjalankan pemeriksaan gigi ke atas seorang murid

Jururawat Pergigian menunjukkan contoh cara memberus gigi dengan betul

Jururawat menunjukkan cara memberus gigi kepada Murid Pra Sekolah

Jururawat memberi ceramah tentang kepentingan menjaga gigi kepada semua murid

Rabu, 15 September 2010

Lawatan Skuad Malaria ke Sekolah

Skuad banteras Malaria dari Pejabat Kesihatan Daerah Kapit telah datang ke sekolah kami bagi membanteras nyamuk yang menyebabkan demam Malaria.



Kakitangan Pejabat Kesihatan merendam kelambu ke dalam larutan ubat sebelum diberikan kepada semua murid dan staff sekolah







Kakitangan Pejabat Kesihatan memberi suntikan kepada salah seorang Tukang Masak (Ibuk Parida)








Murid juga tidak terkecuali daripada menerima suntikan

Jumaat, 9 Julai 2010

Majlis Perpisahan Cikgu Seli Ak Jete

Cikgu Seli Ak Jete telah berkhidmat di SK Rantau Panjai lebih kurang 7 tahun. Bermula 3 Julai 2010, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di SK Long Busang, Belaga Sarawak. Kami warga sekolah mengucapkan selamat berpindah ke sekolah baru dan selamat maju jaya beliau.
Cikgu Seli Ak Jete selepas Sambutan Hari Guru 2010

Lambaian terakhir di SK Rantau Panjai : Murid-murid melambai Cikgu Seli (dalam perahu) sambil mengucapkan selamat jalan

Seorang murid memeluk Cikgu Seli

Murid-murid bersalaman dengan Cikgu Seli sebelum beliau meninggalkan sekolah ini

Cikgu Seli memberi ucapan sempena Majlis Perpisahan beliau


PK 1, Cikgu Ngelambong Ak Anggik berucap sempena Majlis Perpisahan Cikgu Seli.

Guru Besar, En Mohd Ismail Bin Abdullah memberi sepatah dua kata sempena Majlis Perpisahan Cikgu Seli.

Jamuan ringan untuk staff diadakan bagi meraikan Cikgu Seli


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabag tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga,








Sabtu, 19 Jun 2010

Malam Kemuncak Pra Gawai 2010

Malam Kemuncak Sambutan Perayaan Pra Gawai 2010
SK Rantau Panjai, Kapit
"Gayu Guru Gerai Nyamai"

Cikgu Ngelambong (kiri) dan Cikgu Mohd Nasran (kanan) bergambar pada kain rentang sambutan pra gawai 2010


Cikgu Ngelambong berngajat sebelum mencantas Ranyai Berjuang

Guru Besar, En Mohd Ismail bin Abdullah mencantas Ranyai Berjuang

Pring yang sudah siap di atas untuk upacara Miring

Guru Besar memerhati salah seorang penduduk Rumah Panjang berpantun Iban

Cikgu Ngelambong mengetuai Upacara Menyirup Air Pengayu

Persembahan poco-poco oleh Kelab Kebudayaan sekolah

Staff sekolah yang hadir bagi memeriahkan Malam Kemuncak Pra Gawai 2010

Guru Besar memberi ucapan dan merasmikan Malam Pra Gawai 2010

Tuai Pengabang, En Lenggi memberi sepatah dua kata sempena malam Pra Gawai 2010

Cikgu Ngelambong menyempurnakan upacara Ai Ansah Gawai & Jaku Nan Ke Ranyai

Guru Besar dan Tuai Rumah Achan meletakkan piring ke dalam kelas Tahun 6

Antara tetamu yang hadir bagi memeriahkan Pra Gawai 2010

Upacara Miring diadakan sebelum Majlis Perasmian

Antara ibubapa yang hadir memeriahkan lagi Malam Pra Gawai

Dua Pengacara majlis yang komited pada tugas En Dogue dan Pn Lila

Murig-murid SK Rantau Panjai duduk di hadapan Ranyai Berjuang Gawai

Upacara Miring dilakukan oleh penduduk Rumah Panjang dan dibantu oleh Guru Besar