Jagalah keselamatan diri di musim hujan ini...
Khamis, 3 Februari 2011
Khamis, 13 Januari 2011
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...
CIKGU CHANDA, CIKGU NASRAN, CIKGU PERMAI, CIKGU TOH SIEW HUNG
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...SAYA MEWAKILI WARGA SK RANTAU PANJAI INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA 4 ORANG GURU KAMI YANG TELAH BERPINDAH BARU-BARU INI..BUDI KALIAN AKAN TETAP KAMI KENANG..
PUCUK PAUH DELIMA BATU,
ANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGAN,
WALAUPUN JAUH NUN BERIBU BATU,
BERPISAH DI MATA DI HATI JANGAN...
SEKALUNG PENGHARGAAN..

Sekalung penghargaan buat Cikgu Nasran yang sebelum ini telah mengendalikan blog sekolah ini dengan jayanya..kini tugas beliau akan diggantikan oleh saya sendiri, Cikgu Fred..saya akan cuba mengendalikan blog ini dengan sebaik mungkin..
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..
Terima kasih..
Khamis, 16 September 2010
Penyampaian Duit KWAPM 2010
Majlis Penyampaian Duit KWAPM telah diadakan di sekolah ini pada awal bulan Ogos 2010 yang lalu
Guru Besar memberi ucapan dan mengingatkan ibubapa supaya menggunakan dengan bijak duit KWAPM yang diberikan
PK 1, Cikgu Ngelambong Anggik menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Penyampaian Duit KWAPM
Dari kiri : Cikgu Duney, Pn Angela, Cikgu Ngelambong (PK 1) dan Cikgu Mohd Ismail (Guru Besar)
Para ibubapa mendengar ucapan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Mohd Ismail Bin Abdullah
Guru Besar menyampaikan Duit KWAPM kepada salah seorang ibu murid Tahun 6
Lawatan Pergigian 2010
Pada 12 hingg 17 Julai 2010 yang lalu, Pasukan Pergigikan Daerah Kapit telah datang ke sekolah untuk menjalankan pemeriksaan gigi terhadap murid-murid sekolah ini. Berikut adalah antara aktiviti yang telah diadakan.
Salah seorang Jururawat menjalankan pemeriksaan gigi ke atas seorang murid
Jururawat Pergigian menunjukkan contoh cara memberus gigi dengan betul
Jururawat menunjukkan cara memberus gigi kepada Murid Pra Sekolah
Rabu, 15 September 2010
Lawatan Skuad Malaria ke Sekolah
Skuad banteras Malaria dari Pejabat Kesihatan Daerah Kapit telah datang ke sekolah kami bagi membanteras nyamuk yang menyebabkan demam Malaria.
Kakitangan Pejabat Kesihatan merendam kelambu ke dalam larutan ubat sebelum diberikan kepada semua murid dan staff sekolah
Kakitangan Pejabat Kesihatan memberi suntikan kepada salah seorang Tukang Masak (Ibuk Parida)
Murid juga tidak terkecuali daripada menerima suntikan
Jumaat, 9 Julai 2010
Majlis Perpisahan Cikgu Seli Ak Jete
Cikgu Seli Ak Jete telah berkhidmat di SK Rantau Panjai lebih kurang 7 tahun. Bermula 3 Julai 2010, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di SK Long Busang, Belaga Sarawak. Kami warga sekolah mengucapkan selamat berpindah ke sekolah baru dan selamat maju jaya beliau.
Langgan:
Ulasan (Atom)















