Khamis, 27 Mei 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Tarikh : 17 Mei 2010
Masa : 0800 pagi - 1000 Malam
Tempat : Dewan SK Rantau Panjai
Tema : " Guru Pembina Negara Bangsa"
Sessi pertukaran hadiah di antara guru dan staff AKS

Murid-murid memberi hadiah dan kad " Selamat Hari Guru " kepada semua guru bermula dengan Guru Besar dan PK

Guru Besar menyampaikan Anugerah Khas "Guru Popular" kepada En Ruddy Ak Sibat


Guru Besar ,PK 1,PK HEM dan PK KO bersedia untuk meniup lilin pada Kek Hari Guru sebelum upacara memotong Kek Hari Guru sambil diperhatikan oleh beberapa orang guru lain

Persembahan khas: Guru-guru sama-sama menyanyikan lagu Guru Pembina Negara Bangsa , Pendidik Bumi Kenyalang dan Guru Malaysia

Kelihatan Guru Besar menyampaikan amanat kepada guru-guru dan murid-murid

Guru Besar mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru SK Rantau Panjai


Wakil Murid, Adik Dalton Salang Ak Ansi memberi ucapan sempena Sambutan Hari Guru

Pertandingan Bola Tampar antara guru dan staff sokongan sekolah
Poco-poco Hari Guru 2010

Senamrobik Hari Guru 2010 diketuai oleh En Dogue (Penyelia Asrama)


Perhimpunan pagi sebelum aktiviti Hari Guru bermula














Rabu, 26 Mei 2010

Gotong - royong Perdana 2010

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 0800 pagi
Tempat : Perkarangan sekolah
Gotong-royong ini telah melibatkan semua guru dan staff sokongan sekolah serta ibubapa murid. Ianya untuk membina pelantar tangki air sekolah untuk kegunaan tandas baru murid-murid, mengemas bilik sains dan membaiki laluan air pancur graviti yang telah rosak dihembap pokok.
Guru Besar, En Mohd Ismail Bin Abdullah bersama staff sekolah dan ibubapa murid bergambar di hadapan pelantar tangki air telah siap dibina dan boleh digunakan serta merta.

Ibu murid-murid turut sama-sama mengemas bilik sains

Guru Besar turut serta untuk bersama Guru Sains membersihkan bilik sains sekolah

Ibubapa menikmati makanan tengahari yang telah disediakan

1....2...3....sama-sama meletakkan tangki air yang telah siap dibina


Staff dan ibubapa membuat pelantar tangki air

Guru Besar turut mengambil bahagian sama-sama membina tapak pelantar tangki air

PK HEM memerhati ibubapa merobohkan pelantar tangki air yang sediaada untuk dipindahkan ke bangunan baru

Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing : Tanpa mengira jantina, semua memerah keringat demi kepentingan anak-anak mereka

Guru pun gotong-royong menyiapkan kain rentang untuk sambutan hari guru peringkat sekolah













Isnin, 19 April 2010

Kem Motivasi Zon Zakos 2010

Kem Motivasi Zon Zakos 2o10 telah diadakan di SK Nanga Antaroh pada 15 - 17 April 2010. Semua sekolah di Zon Zakos terlibat menjayakan Kem Motivasi ini kecuali SK Nanga Kebiaw yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab tertentu. Kem ini begitu meriah dan dirasmikan oleh Penolong Pegawai PPD Daerah Kapit, En Supian Bin Ekeram pada 16 April 2010. Kem ini melibatkan semua murid Tahun 6 Zon Zakos. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam ini ialah Kuiz 4 Matapelajaran Teras, Bengkel Soalan UPSR,Pertandingan Nyanyian Dan Tarian Kebudayaan, Pertandingan Bercerita dan Ceramah Keibubapaan. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan..banyak faedah dan manfaat yang dapat diperolehi daripada program ini..semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang..

En Supian Ekeram merasmikan Kem Motivasi Zon Zakos 2010

Peserta Kem Motivasi melafakan ikrar untuk berjaya dengan cemerlang pada UPSR 2010 nanti

En Supian Ekeram disambut oleh Guru Besar Ng Antaroh dan wakil2 setiap Guru Besar Zon Zakos

Peserta Tarian SK Rantau Panjai

Guru Besar SK Rantau Panjai, En Mohd Ismail bersama GB SK Ng Bawai Mr Hii, GB SK Ng Bena En Christopher Kanyan, GB SK Ng Antaroh En Malang dan PK 1 SK Rantau Panjai En Ngelambong Anggik melihat Kuiz 4 Matapelajaran teras

Pertandingan Kuiz 4 Mata pelajaran teras

Barisan Pegawai Pengiring dari SK Rantau Panjai diketuai oleh Guru Besar En Mohd Ismail Bin Abdullah

Para Pegawai dan murid-murid SK Rantau Panjai selamat tiba di SK Ng Antaroh

Murid menaiki hilux ke SK Ng Antaroh

Guru-guru dan murid-murid menaiki perahu dari sekolah ke Ng Merating

Guru-guru dan murid-murid berganbar sebelum berlepas ke SK Ng Antaroh













Aktiviti Ko-Kurikulum 2010

Aktiviti Ko-Kurikulum diadakan setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu. Aktiviti ini adalah untuk melatih murid-murid supaya
1. murid-murid dapat meningkatkan daya kepemimpinan
2. kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan dapat diperoleh
3. dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid
4. dapat mengembangkan potensi seseorang murid-murid

Murid-murid perempuan bermain bola jaring di padang sekolah

Pasukan Sepak Takraw Sekolah 2010

Permainan Bola Sepak juga dijalankan pada waktu petang

Murid perempuan memanaskan badan sebelum aktiviti dijalankan

Murid-murid lelaki melakukan aktitivi 'panas badan' sebelum bermain bola sepak





Khamis, 11 Mac 2010

Bengkel Akademik Zon Zakos 2010

Bengkel Akademik Zon Zakos telah diadakan pada 25 Februari 2010 bertempat di SK Nanga Bawai, Kapit. Bengkel ini diadakan bagi mempertingkatkan lagi akademik bagi sekolah Zon Zakos disamping menjalin hubungan ukhwah dan bertukar pendapat antara guru-guru di sekolah Zon Zakos yang mengajar subjek UPSR 2010. Sekolah-sekolah di Zon Zakos ialah SK Rantau Panjai, SK Nanga Bawai, SK Nanga Antaroh, SK Nanga Bena dan SK Nanga Kebiaw.

GB SK Rantau Panjai , En Mohd Ismail (kanan)& GB SK Ng Bawai ,Mr Hii (kiri) turut hadir bagi menjayakan lagi aktiviti yang dijalankan.

Barisan Guru Sains sedang membuat diskusi strategi UPSR 2010

Guru-guru Bahasa Inggeris berkongsi idea bagi memastikan murid-murid dapt berjaya dengan cemerlang
Kumpulan Guru Bahasa Melayu Zon Zakos 2010




Guru-guru Matematik berbincang antara satu sama lain


Istirehat selepas tamat sessi perbincangan

Semua guru yang hadir menikmati jamuan di Dewan Makan SK Ng Bawai







Wajah Baru SK Rantau Panjai

Tahun 2010 membuka lembaran baru kepada sekolah kerana telah mendapat bangunan baru yang lebih baik untuk P&P serta bangunan Pra Sekolah.


Beginilah tersergam indah blok bangunan baru bagi kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Bangunan Pra Sekolah

Kemudahan Schoolnet juga disediakan bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar memandangkan sekolah ini sekolah pedalaman


Beginilah bangunan Pra Sekolah yang baru

Kelas Tahun 2 yang konsusif untul P&P



Antara Calon UPSR 2010







Keadaan Kelas Tahun 6 yang kemas dan menarik dapt memberi ketenangan pada murid-murid semasa di dalam kelas