Khamis, 27 Mei 2010

Persiapan Perayaan Pra Gawai Peringkat Sekolah 2010



Staff sekolah dan penduduk umah Panjang sama-sama memasang Isang dan Tali Marau menuju ke dewan sekolah
Guru-guru sedang menyiapkan kain rentang Perayaan Pra Gawai sambil diperhatikan oleh murid-murid


Berbanding bahu : Bersemangat kaum ibu di dapur sedang membuat kuih tradisional sempena Pra Gawai 2010


Atas : Guru Besar, PK 1 dan 3 orang guru semenanjung bergambar di hadapan Ranyai Berjuang.
Bawah : Staff sekolah bersama-sama mendirikan Ranyai Berjuang di dewan sekolah



Guru Besar dan PK 1 menunjukkan skill membuat tali marau

Proses terakhir membuat tersang dan kelihatan tersang yang sudah siap dibuat oleh staff sekolah dan ibubapa murid


Tersang dibuat dengan kerjasama staff sekolah dan ibubapa murid






Sambutan Hari Guru 2010

Tarikh : 17 Mei 2010
Masa : 0800 pagi - 1000 Malam
Tempat : Dewan SK Rantau Panjai
Tema : " Guru Pembina Negara Bangsa"
Sessi pertukaran hadiah di antara guru dan staff AKS

Murid-murid memberi hadiah dan kad " Selamat Hari Guru " kepada semua guru bermula dengan Guru Besar dan PK

Guru Besar menyampaikan Anugerah Khas "Guru Popular" kepada En Ruddy Ak Sibat


Guru Besar ,PK 1,PK HEM dan PK KO bersedia untuk meniup lilin pada Kek Hari Guru sebelum upacara memotong Kek Hari Guru sambil diperhatikan oleh beberapa orang guru lain

Persembahan khas: Guru-guru sama-sama menyanyikan lagu Guru Pembina Negara Bangsa , Pendidik Bumi Kenyalang dan Guru Malaysia

Kelihatan Guru Besar menyampaikan amanat kepada guru-guru dan murid-murid

Guru Besar mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru SK Rantau Panjai


Wakil Murid, Adik Dalton Salang Ak Ansi memberi ucapan sempena Sambutan Hari Guru

Pertandingan Bola Tampar antara guru dan staff sokongan sekolah
Poco-poco Hari Guru 2010

Senamrobik Hari Guru 2010 diketuai oleh En Dogue (Penyelia Asrama)


Perhimpunan pagi sebelum aktiviti Hari Guru bermula














Rabu, 26 Mei 2010

Gotong - royong Perdana 2010

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 0800 pagi
Tempat : Perkarangan sekolah
Gotong-royong ini telah melibatkan semua guru dan staff sokongan sekolah serta ibubapa murid. Ianya untuk membina pelantar tangki air sekolah untuk kegunaan tandas baru murid-murid, mengemas bilik sains dan membaiki laluan air pancur graviti yang telah rosak dihembap pokok.
Guru Besar, En Mohd Ismail Bin Abdullah bersama staff sekolah dan ibubapa murid bergambar di hadapan pelantar tangki air telah siap dibina dan boleh digunakan serta merta.

Ibu murid-murid turut sama-sama mengemas bilik sains

Guru Besar turut serta untuk bersama Guru Sains membersihkan bilik sains sekolah

Ibubapa menikmati makanan tengahari yang telah disediakan

1....2...3....sama-sama meletakkan tangki air yang telah siap dibina


Staff dan ibubapa membuat pelantar tangki air

Guru Besar turut mengambil bahagian sama-sama membina tapak pelantar tangki air

PK HEM memerhati ibubapa merobohkan pelantar tangki air yang sediaada untuk dipindahkan ke bangunan baru

Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing : Tanpa mengira jantina, semua memerah keringat demi kepentingan anak-anak mereka

Guru pun gotong-royong menyiapkan kain rentang untuk sambutan hari guru peringkat sekolah